Syarat ganti rugi khulu

Agustus 21, 2020 by Tidak ada Komentar

Syarat ganti rugi khulu

Syarat ganti rugi khulu

Syarat ganti rugi khulu

 

Syarat ganti rugi khulu’

yang meliputi khulu’ dengan nafkah, hadhanah (hak asuh anak), harta dan lainnya

Adapun ganti rugi khulu’ ada beberapa syarat dalam melakukannya diantaranya:

1- Harta tersebut harus memiliki nilai dengan demikian tidak boleh menjadikan khulu’ dari jenis barang yang tidak memiliki harga atau nilai seperti biji-bijian
2- Harta tersebut harus suci dan boleh digunakan atau dimanfaatkan dengan demikian tidak boleh menjadikan khulu’ dari jenis barang khamar, babi, bangkai, darah dan benda-benda yang tidak bernilai lainnya menurut pandangan syariat Islamiyah walaupun pada hakikatnya barang-barang tersebut memiliki nilai wang bagi orang lain seperti halnya syarat mahar
3- Harta tersebut bukan barang curian

Khulu’ sah dilakukan dengan pembayaran harta

sama sahaja apakah dibayar kontan atau perdagangan, mahar atau nafkah ‘idah, upah penyusuan, pengasuhan anak dan lain-lain.

Mazhab Hanafi

setiap barang yang boleh dijadikan mahar boleh dijadikan sebagai ganti rugi dalam pembayaran khulu’. Pada bahagian lalu anda telah mengetahui dengan jelas mengenai syarat-syarat mahar untuk lebih jelas lagi hendaknya menjadikannya sebagai bahan rujukan

Jika seorang isterin mengkhulu’ suaminya dengan khamar atau babi kemudian ia suami tersebut menerimanya. Jika penerimaan tersebut dengan lafaz khulu’ dan dapat difahami dan ia tidak memiliki tanggungan untuknya dan tidak jatuh sesuatu dari maharnya. Jika dilakukan dengan lafaz talak maka jatuhlah talak raj’I setelah dukhul dan talak ba’in jatuh sebelumnya.

Jika ia mengkhulu’ dengan harta yang dicuri dan bukan hak miliknya maka khulu’ tersebut dianggap sah dan penamaannya juga sah. Kemudian jika ia melakukan hal ini, suami boleh mengambilnya. Dan jika isteri tidak dapat memberikannya ia berhak menerima ganti rugi yang setara dengan perjanjian ganti rugi khulu’ tersebut.

Mazhab Maliki

salah satu syarat ganti khulu’ tersebut harus berasal dari sesuatu yang halal, dengan demikian khulu’ tidak sah jika bendanya khamar, babi atau harta rampasan selama suami mengetahu bahawa barang tersebut berasal dari hasil curian, hal ini serupa dengan barang curian. Jika seorang isteri mengkhulu’ isteri dengan jenis ganti rugi seperti yang diatas maka jatuhlah talak ba’in dan suami tidak berhak mendapat ganti rugi. Jika barang tersebut hasil rampasan maka ia wajib mengembalikan kepada pemiliknya, jika berasal dari khamar wajib menumpahkannya kepada bentuk semula dan jika barang tersebut babi maka wajib melenyapkannya..

Pendapat lain menjelaskan bahawa suami tidak berhak mendapat ganti rugi dari pihak isteri, hal ini sama seperti halnya jika isteri mengkhulu’ suami dengan barang yang bercampur dengan harta haram dan yang halal. Misalnya jika isteri mengkhulu’ suami dengan khamar dan baju, dengan demikian khulu’ dianggap sah sementara ganti rugi dianggap batal dengan demikian suami tidak mendapat apa-apa secara mutlak.

Mazhab Syafi’e

syarat ganti rugi tersebut harus memiliki maksud atau nilai diserahkan kepada suami diketahui dengan jelas baik bentuk mahupun nilainya mampu menghadirkan pada saat penyerahan dilakukan dan harus berasal dari benda halal bukan rosak

Pada hakikatnya menurut syarat-syarat khulu’ sama sepert syarat mahar yang dibahas pada bahagian lalu. Setiap barang yang sah dijadikan sebagai mahar juga sah dijadikan sebagai ganti rugi dalam khulu’. Mereka mengemukakan penolakan terhadap pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian pengajaran terhadap ayat al-Qur’an sah dijadikan sebagai mahar, akan tetapi hal ini tidak dapat dijadikan sebagai ganti rugi dalam khulu’. Kerana jika seseorang mengkhulu’ dengan ganti rugi pengajaran al-Qur’an maka perbuatan ini tidak sah. Sebab khulu’ dapat memisahkan pasangan suami isteri bahkan menjadikan mereka haram bercampur. Jawapannya adalah: bahawa ketidak absahan ini disebabkan kerana uzur dalam mengajarkan al-Qur’an tersebut,jika uzur tersebut hilang maka ia dianggap sah.

Maka hal ini berbeza dengan ganti rugi talak yang dilakukan tanpa menyebutkan ganti rugi tersebut. Permasalahan ini dijelaskan kerana didalamnya tidak disebutkan sejumlah harta sehingga hal ini tidak dapat terhindar dari niat mahupun penafiannya. Atau dapat sahaja ia tidak menafikan dan meniatkan permasalahan.

Mazhab Hambali

syarat yang dapat dijadikan sebagai ganti rugi dalam khulu’ harus berupa harta yang halal jika seseorang mengkhulu’ dengan khamar atau bai sementara haramnya barang ini diketahui dengan jelas maka khulu’ dianggap haram kerana perbuatan ini sama seperti tidak memiliki ganti rugi dan khulu’ harus memiliki ganti rugi kerana ia merupakan salah satu rukunnya sehingga ia tidak sah tanpanya.

Sementara jika keharaman barang tersebut belum diketahui maka khulu’ dianggap sah dan wanita wajib membayar sejumlah ganti rugi yang disebutkan, hal ini sama seperti jika barangnya halal. Kerana khulu’ adalah ganti rugi yang disebutkan hal ini sama seperti jika barangnya halal. Kerana khulu’ adalah ganti rugi kehormatan sementara ganti rugi tidak haram seperti halnya akad nikah jika ia berkata: Jika engkau memberiku khamar atau babi maka engkau telah aku ceraikan lali ia memberi barang tersebut maka jatuhlah talak kerana ia telah memberikan sesuatu yang diucapkan. Akan tetapi penceraian tersebut talak raj’I kerana ganti rugi tersebut tidak sah. Kemudian isteri tidak wajib membayar apa-apa kerana pada dasarnya suami redha dengan apa yang dilakukannya.

Sumber: dutadakwah.org