Syarat lazim ganti rugi dan pernikahan dan didalamnya terdapat khulu’ anak kecil, pemboros dan orang sakit

Agustus 21, 2020 by Tidak ada Komentar

Syarat lazim ganti rugi dan pernikahan dan didalamnya terdapat khulu’ anak kecil, pemboros dan orang sakit

Syarat lazim ganti rugi dan pernikahan dan didalamnya terdapat khulu’ anak kecil, pemboros dan orang sakit

Syarat lazim ganti rugi dan pernikahan dan didalamnya terdapat khulu’ anak kecil, pemboros dan orang sakit

 

Salah satu syarat lazimnya ganti rugi dan pernikahan adalah bahawa kedua belah pihak harus termasuk golongan orang yang berhak melakukan transaksi. Adapun orang yang lazim melakukan ganti rugi wajib dari golongan orang yang berhak melakukan transaksi kewangan, sementara orang yang ingin menikah harus dari golongan orang yang telah boleh menjatuhkan talak.

Adapun syarat tersebut adalah berakal, mukallaf dan rasyid (orang yang akalnya telah sempurna). Dengan demikian anak kecil, orang gila dan kurang akal tidak sah menggugat cerai suaminya melalui khulu’ sebagaimana orang gila dan anak kecil tidak sah mentalak isterinya. Hal ini berbeza dengan orang yang kurang akal kerana ia talak yang dijatuhkannya dianggap sah akan tetapi transaksi dalam kewangan tidak sah baginya.

Mazhab Hanafi

anak kecil tidak lazim melakukan transaksi yang berkenaan dengan kewangan atau harta, jika suami berkata kepada isterinya: Aku mengkhulu’mu dengan dua puluh pound kemudian isterinya menjawab: Aku menerimanya, sementara ia telah mumayyizah dan mengetahui bahawa talak dapat menyebabkan orang cerai bahkan hubungan suami isteri mereka akan hilang dan haram bercampur maka ucapan tersebut telah diterima dan jatuhlah talak. Akan tetapi harus dengan ganti rugi berupa harta kerana isteri tersebut tidak berhak melakukan transaksi tersebut. Hal ini sama jika suaminya berkata: Aku mengkhulu’mu dengan jumlah sekian lalu ia menerimanya maka ucapan tersebut jelas sementara harta tidak lazim kerana ucapan tersebut sama seperti tabarru’ sementara anak kecil tidak dapat melakukan tabarru’.

Mazhab Maliki

khulu’ dan talak tidak sah bagi anak yang masih dibawah umur dan orang yang memiliki cacat mental demikian pula bagi hamba. Orang ini tidak berhak mencampuri urusan suami dalam hal khulu’, hal serupa bagi orang lain yang memiliki sifat-sifat diatas. Jika suami tersebut menjatuhkan khulu’ bagi mereka (isteri tersebut) maka khulu’nya tidak sah dan ia wajib mengembalikan sejumlah harta tersebut kecuali jika wali atau tuan yang mengkhulu’ jika ia mengizinkan maka khulu’ dianggap sah dan wajib memberikan ganti rugi. Jika seseorang cacat mental dan tidak wanita tersebut memiliki wali berkata kepadanya: bahawa ia wajib membayar ganri rugi maka transaksi ini dianggap tidak sah. Hal ini juga berlaku bagi wanita yang tidak mendapat izin dari walinya

Mazhab Syafi’e

orang yang berhak memberi ganti rugi adalah orang yang telah berhak melakukan transaksi terhadap hartanya. Sehingga orang pemboros tidak berhak menerima ganti rugi. Sama sahaja apakah menyangkut permasalahan hubungan suami isteri mahupun yang lain apakah ia setuju. Jika ia berkata kepada suaminya: khulu’lah aku dengan nilai dua puluh pound maka ia perkataan ini sah jika ia menerimanya. Dan jika suami berkata aku mengkhulu’mu dengan nilai yang engkau sebutkan maka ia telah menyetujuinya.

Maka jelaslah bahawa anda telah mengetahui bahawa khulu’ orang yang cacat mental tidak mewajibkan ganti rugi baginya walaupun talak raj’i dianggap jatuh kecuali dalam satu bentuk dimana akan terjadi talak ba’in dan wajib memberikan ganti rugi dimana jika ia mengizinkan walinya untuk melakukan khulu’ dengan membayar ganti rugi kerana takut terhadap perlakuan suami yang akan menghancurkan hartanya.

Mazhab Hanbali

salah satu syarat sahnya seseorang menerima ganti rugi harus berhak melakukan interaksi kewangan. Dengan demikian ganti rugi khulu’ tidak sah dilakukan anak yang masih berada dibawah umur, orang gila dan pemboros atau cacat mental walaupun atas izin walinya. Kerana harta ganti rugi khulu’ sama seperti pemberian dan wali tidak berhak memberikan izin terhadap sedekah demikianlah pendapat yang lebih masyhur.

Baca Juga: